Friday, April 15, 2011

SIMPAN RASA HATI (DWILOGI CINTA)


Azwa tahu dirinya seorang tomboi. Tidak mungkin dia mahu berterus terang perihal perasaan cintanya kepada Ifran Daniel. Malu! Sudahnya, dia hanya menyimpan perasaan itu di hati. Tanpa pengetahuan Azwa, Ifran sudah mempunyai pilihan hati, Nor Aida. Pergaduhan berlaku antara Nor Aida, Azwa dan Ifran. Azwa dihina dan dicaci bagaikan seseorang yang tiada maruah diri.

Azwa benar-benar terluka dan kecewa. Dia membawa diri. Namun Ifran muncul kembali di hari pertunangan Azwa.

Hidup Kyra sarat dengan angan-angan. Menyulam mimpi mahu menjadi Cinderella. Gadis biasa yang dilamar Prince Charmingnya. Hidup bahagia sehingga ke akhir nafas. Lalu dia memburu mimpinya. Mengharap hadirnya seseorang, sebagaimana yang diimpikan. Hadirnya Akash seumpama mimpi. Tiba-tiba saja lelaki itu berada dalam hari-harinya.

Kyra menyampah, meluat dan jelek. Mengharap agar mamat itu berlalu dalam hidupnya. Tetapi semakin mendekat pula.