Thursday, December 24, 2009

MISTERI TASIK BUANA



di sebalik tabir...




Bila dapat mesej daripada pernerbit sama ada nak buat ke tak cerita awal remaja, aku terus setuju. Tiba2 je dpt idea utk citer ni. Terus dlm masa setgh jam siap draf citer. Kesibukan sebagai pekerja dan pelajar menyebabkan aku ambil masa 2 minggu siapkan citer ni. Sampai ke pagi jugalah aku menaip. Ada ketikanya terasa seram sejuk pulak menaip babak2 tertentu...hehehe. Akhirnya...




Sinopsis


Zakwan, Azlan, Siva dan Ah Seng bersahabat baik tetapi nakal. Kenakalan mereka bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di kampung. Akibat kenakalan mereka, seorang sahabat mereka telah menjadi korban Tasik Buana. Peristiwa tragis itu berlaku di depan mata mereka. Sayu dan pilu bertamu di hati apabila melihat sahabat mereka, Azlan dibawa pergi oleh makhluk yang menjadi misteri. Sahabat yang terkorban masih belum ditemui walau sudah berhari-hari dicari. Tasik Buana dikatakan bahaya… berpuaka! Ada hantu tasik! Ada penunggu! Benarkah tanggapan penduduk Kampung Seri Banang terhadap tasik itu? Setiap kali kemunculannya, pasti cuaca yang cerah berubah mendung. Awan putih bertukar kelabu. Pawana lembut bertukar kencang. Mergastua di rimba menjerit-jerit. Air yang tenang berombak-ombak. Apakah itu tandanya sang penghuni tasik sedang marah? Atau sang penghuni tasik sudah mendapat korbannya? Misteri Tasik Buana memberikan anda jawapannya…

Saturday, November 28, 2009

Mana Kekasih Hati


Sesungguhnya melahirkan karya pertama ini begitu banyak dugaan dan cabarannya. Hampir setahun aku yang baru bertatih ini menyiapkannya. Setelah itu terperam pula dengan sebuah syarikat penerbitan kerana masalah dalaman syarikat. Lantas ianya ku ambil semula.


Sinopsis...

Cinta Muhammad Danish Haikal dan Zulaila Sofea begitu dalam. Cinta mereka yang tulus membuatkan Haikal ingin menyunting gadis Sarawak itu menjadi suri hidupnya. Namun jodoh pertemuan Dia yang menentukan.

Sedar akan status dirinya yang tidak seperti perempuan lain, Sofea melarikan diri di saat keluarga Haikal datang meminangnya. Tanpa sebarang bicara, hanya sekeping nota ditinggalkan. Haikal menderita kecewa. Cinta sucinya musnah sekelip mata.

Kenapa Zulaila Sofea melarikan diri? Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang disembunyikan oleh gadis itu tentang dirinya? Dapatkah Haikal berjumpa dengan Sofea? Dan Haikal, terus mencari di mana kekasih hati...

kenangan terindah...

kenangan terindah dalam hidup ini ada banyaklah... tapi kalau dalam bidang penulisan ni adalah apabila puisi pertama aku disiarkan di Mingguan Malaysia suatu masa dulu. Dan yang paling berharga apabila pihak FP bersetuju untuk menerbitkan hasil karya pertama akulah...Lain-lain yang terindah nanti kita cerita lagi, k...