Friday, November 19, 2010

Puteri Ikal Mayang


Novel awal remaja kedua drp saya...

Sebaik saja Putera Kencanadewa memetik bunga emas itu untuk diberikan kepada isterinya, Puteri Kesumadewi, cuaca alam kayangan tiba-tiba berubah rupa. Pawana lembut bertukar kencang menolak awan putih kepada hitam. Alam kayangan gelap-gelita. Hujan mencurah-curah di kayangan diiringi percikan kilat sabung-menyabung. Seluruh alam kayangan bergegar bagai dilanda gempa. Bunga emas di tangan Putera Kencanadewa terlepas. Jerit pekik rakyat jelata kedengaran di sana sini.

Apakah tandanya malapetaka ini?

Mayang anak luar biasa. Mayang pembawa tuah. Kehadiran Mayang telah mengubah kehidupan mereka sekeluarga. Pasangan suami isteri itu dapat rasakan Mayang memang membawa tuah. Banyak perkara aneh berlaku sejak Mayang tinggal bersama mereka.

Masa berlalu begitu pantas. Gadis cantik berambut panjang itu terpaksa dikembalikan semula ke kayangan. Namun apakah suasana di alam kayangan itu serasi dengannya? Apakah gadis yang telah dimasyhurkan sebagai Puteri Ikal Mayang itu akan terus menetap bersama manusia di bumi?

Saturday, April 3, 2010

15 Hari Merebut Cinta


Mini Novella ini aku tulis sebaik sahaja usai peperiksaan akhir semester Disember yg lalu. 10 hari jugalah nak menulisnya, maklumlah nak rebut cinta dalam masa 15 hari saja, kenalah cepat2 siapkan... Nama 'Shafary' tu, aku 'pinjam' daripada salah seorg pelatih pembantu perubatan ketika aku usai solat Jumaat. Tetiba je ternampak tanda nama yang dipakainya, budaknya pun ensem gak, lantas aku pun berkira-kira gunakan namanya...

Sinopsis...
Di mata Haryna, Shafary tidak mempunyai sebarang kelebihan. Tapi, tidak di mata orang lain. Lain pandangan, lain jugalah tafsiran.
Shafary ingin dicintai dan mencintai. Baginya, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki bukanlah batu penghalang untuk dia memiliki cinta. Kutukan dan hinaan yang pernah dilontarkan kepadanya membangkitkan semangat untuk berusaha merebut cinta Haryna.
Berjayakah Shafary dengan segala usahanya untuk menawan hati Haryna? Jatuh cinta cintakah Haryna kepada Shafary? Apakah ada bunga cinta di hati mereka hanya dalam 15 hari?