Friday, August 26, 2011

BUKAN MILIKMU


Salleh Shihabuddin RM 19.90 480 hlm Bahasa Melayu Nor Akma dan Nor Atikah adalah dua beradik. Nor Akma telah dinodai dan mengandungkan anak Najeev Hakimi. Kemudian lelaki itu meninggalkannya. Tanpa belas kasihan Nor Akma dipukul dan diusir ayahnya. Akhirnya dia tinggal bersama keluarga angkat yang tanpa pengetahuannya adalah ayah dan ibu Najeev Hakimi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Di universiti, Izham Hafiz jatuh hati kepadanya. Tapi sayang, cintanya ditinggalkan ‘gantung tak bertali’ sebelum mereka bertemu kembali. Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London, menemukan kembali Nor Akma dan Najeev Hakimi. Perasaan benci kembali menular di hati. Tetapi tidak bagi Najeev Hakimi. Cinta Nor Akma perlu diraih kembali walaupun dirinya sudah dimiliki Nor Atikah, adik Nor Akma sendiri. Di antara Nor Atikah dan Nor Akma, siapakah yang menjadi pilihan hati Najeev Hakimi? Relakah Nor Atikah berkorban demi kakaknya? Tarikh Terbit: 12 Sep 2011


Friday, August 19, 2011

WIRA INDERAPURA


Damak dan sahabatnya merupakan anak muda yang berani dan mahir dalam ilmu persilatan. Di kala penduduk Inderapura berada dalam ketakutan diserang geroda, mereka tetap seperti biasa menjalankan aktiviti harian. Ketika menangkap ikan di laut, Damak telah disambar geroda. Mereka terkejut tatkala melihat Damak meronta-ronta di kaki geroda. Apakah Damak akan menjadi mangsa geroda kali ini?

“Semalam aku bermimpi.”
“Mimpi?! Kerana mimpi pun kau tergesa-gesa datang mencari kami?
Damak… Damak… Pelik sungguh kau ni.”
“Tentang geroda.”
“Hah… tentang geroda?!”
“Semalam aku bermimpi didatangi oleh seorang tua berjanggut putih dengan
berpakaian serba putih… Orang tua itu memberitahu hanya ada satu racun
yang amat berbisa sahaja yang boleh membunuh geroda tersebut…”
“Jadi bagaimana racun itu akan digunakan untuk membunuh geroda?”


Keberanian dan ketangkasan mereka diuji dengan pelbagai cabaran. Semuanya dilalui dengan semangat jati diri yang kental demi ke Puncak Gunung Mahameru, semata-mata mahu mendapatkan racun yang dimaksudkan. Apakah misi mereka ke Puncak Gunung Mahameru untuk mencari racun pembunuh geroda durjana itu bakal menemui kejayaan atau sekadar mimpi? Wira Inderapura memberikan anda jawapannya…


Friday, April 15, 2011

SIMPAN RASA HATI (DWILOGI CINTA)


Azwa tahu dirinya seorang tomboi. Tidak mungkin dia mahu berterus terang perihal perasaan cintanya kepada Ifran Daniel. Malu! Sudahnya, dia hanya menyimpan perasaan itu di hati. Tanpa pengetahuan Azwa, Ifran sudah mempunyai pilihan hati, Nor Aida. Pergaduhan berlaku antara Nor Aida, Azwa dan Ifran. Azwa dihina dan dicaci bagaikan seseorang yang tiada maruah diri.

Azwa benar-benar terluka dan kecewa. Dia membawa diri. Namun Ifran muncul kembali di hari pertunangan Azwa.

Hidup Kyra sarat dengan angan-angan. Menyulam mimpi mahu menjadi Cinderella. Gadis biasa yang dilamar Prince Charmingnya. Hidup bahagia sehingga ke akhir nafas. Lalu dia memburu mimpinya. Mengharap hadirnya seseorang, sebagaimana yang diimpikan. Hadirnya Akash seumpama mimpi. Tiba-tiba saja lelaki itu berada dalam hari-harinya.

Kyra menyampah, meluat dan jelek. Mengharap agar mamat itu berlalu dalam hidupnya. Tetapi semakin mendekat pula.